Berry's VIP

Wednesday, 23 January 2013

MyHealth : My Toe Nail

Back-dated story.

Tarikh : 23 Januari 2013 (Rabu)
Masa  : 11pagi

Sobs. nak nangesh dulu sebelum cerita boley?! sobbs sobbss!! T_T

Perasaan sangat bercampur baur.  Rasa nak pengsan, rasa nak jerit, menggigil, berpeluh bersatu rasa bila aku keluar dari bilik doktor. Doktor cakap kuku kaki aku kena dibuang, sebab history kuku aku ni dari bulan September, 2012.  Dah 4 bulan baru kau ke klinik yer? HOHO. sedey! kena buang sebab dah bernanah. 

Kes ni terjadi sebab one day tu aku kerja part-time kat hotel. Pakai kasut bertutup dari Jam 4petang - 2.30pagi. mawu tak pengsan kaki kau? Dekat 10 Jam kau pakai kasut bertutup. balik tu aku basuh kaki sebelum tidur, masa tula kuku kaki aku rasa perhh sakit gile, tapi aku wat tataw je, terus tido!

Then esoknya aku tengok kuku aku dah start biru. alahai, takpelah, sok lusa baik la tuu..pujuk hati... hmmm baik apenye? dah dekat 4 bulan! terpaksalah bawak jugak ke klinik..

Then, aku proceed ke bilik prosedur.  

Hmm, hmm.. masa nilah kejadian ngeri untuk tahun 2013. sobs!
sebelum die cabut kuku aku, die kate die nak bius dulu, alahai. aku paling alah dengan jarum.  Muka pucat lesi. dan pasrah, sambil muke berkerut kerut, dan sesak nafas sikit sebab sakit gile woooii! untuk injection yang pertama dan kedua, sangat ngilu bila jarum tu masuk ke tulang. alahai. alahai.

hmmm dekat 20minit jugaklah die buang kuku aku, die tanye, nak ke kuku ni, hmm aku dengan muka pasrah. tak maw lah..hmmm hmmm *muka sedey gile*

tapi doktor tu baik, sambil die cabut, die borak-borak untuk hilangkan takut! dah la hensem lak tu. alahai..... ;)

lepas selesai amek ubat pain-killer, aku terus ke food-court untuk lunch. dan tetiba masa aku nak makan, agaknya bius tu dah hilang, perhhh sakit gile woii! air mata aku turun laju gile, masa tu kawan aku belum sampai lagi, pakcik abang kat sebelah semua pandang aku, huk huk huk, kenapala time ni baru kau sakit? aku dengan terbongkok-bongkok pergilah beli air mineral, dan terus telan pain-killer sambil menumbuk-numbuk meja. alahai.... haii..haiii.. *dalam hati terasa geram*

dan baru teringat. esok kan cuti Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. haiyya! so rugi jela kalau dapat MC pun. dah la doktor kedekut, langsung tak bagi aku MC. sedangkan acik yang luka kat jari kena pisau sampai 3 hari dapat. mungkin muka aku tak cukupu sedey kot.  go back and practise la dik! =.="


** sampai sekarang bulan April. kuku aku tak tumbuh-tumbuh lagi. sobbss! ;')


Happy reading! ^^






Thursday, 10 January 2013

Movie 2013 : Parental Guidance

Back Dated Story

10 Januari 2013 (Thursday)

Seriously hari ni mood 95% bagus. After balik dari office, terus shoot to the nearest GSC just to watch 'Parental Guidance' you can watch the trailer here.  

Yes, im alone tonight. Wearing a black scarf and fucking this movie with my free-voucher ticket that I got from my H.O.D.

This movie was really made my day, eventhough Im alone there, but still can laugh with those people beside me. shit LOL.  I am really have a big laugh tonight. give 10/10 star to The Director!

Think to watch it again.  Then its time to get a DVD la woi; and for those who like an comedy movie, what a ya waitin for? ya must watch it atleast once ;)

Happy reading! ^^





Monday, 7 January 2013

MyXtvt : Memasak

7 Januari 2013 (Isnin)

Hari ni rasa nak makan ikan kembung goreng dengan nasi panas taruk kicap manis.  Simple  kan? Ahhh sedap gile... Jadi, after balik je dari ofis, aku terus ke pasar untuk beli bahan-bahan. Haihh...terus terang, aku bukanlah terer masak.  Bila orang tanye aku, tak nak ke belajar masak? jawapan aku bagi:

"Nanti dah ade special boyfriend aku belajar la masak, for now takde BF lagi, so sprit takde."

Hohoho. boleh camtu?


Happy Reading! ^^


Tuesday, 1 January 2013

MyInfo : Finally

Finally!

Aku ada di dalam dunia blog semula. Setelah dua tahun menyepikan diri.  Sigh.  Mungkin sudah tertulis jalan hidup aku tak seindah yang aku impikan;

Untuk permulaan ini, biarlah identiti diri ini menjadi rahsia.  Kerana bukan populariti yang aku mahukan, tetapi luahan hati dan sekadar berkongsi cerita pada sesiapa yang menjengah ke ruangan blog aku ini;

Aku redha dengan apa yang terjadi pada diri aku sebelum ini, kerana di dalam hati aku sekarang ni, aku sentiasa yakin dengan qada' dan qadar Allah.  Aku yakin, aku yakin dan aku takkan putus asa dalam berdoa;

Benar, pada mulanya aku tersungkur dalam jalan yang aku telah pilih, maklumlah ketika itu aku masih muda remaja, usia baru 20 Tahun.  Kajian mengatakan, pada usia itu, remaja akan keliru dengan jalan mana yang patut di pilih.  Di sinilah, Ibu Bapa memainkan peranan yang amat-amat penting;

Nak kata aku menyesal dengan jalan yang aku pilih, tak boleh begitu.  Kerana aku yakin Tuhan ada sebab sebab yang tertentu dalam mengatur perjalanan hidup hambaNya.;

MyXtvt : New Year Celebration 2013

Back-dated story.

Tarikh :1 Januari 2013 (Selasa)
Masa   : 0000 AM

Inilah kali pertamanya aku sambut new-year dengan kawan.  Tahun lepas dengan my mom. Tahun sebelumnya dengan ex-boyfie.  

Seronok sangat-sangat-sangat-sangat tengok fire-works. omaigod, tak pernah rasa happy macam ni, setiap kali bunga api tu terpecik, aku mesti sengih-sengih macam orang tak pernah tengok bunga api. hoho. but, wait. bukan aku je. ramai orang pun macam tu jugak. tersengih-sengih macam orang tak sedar diri. HOHO. ;)

Tahun ni aku kena bersemangat lebih.  Kena kuat, sebab tahun lepas cukuplah sebagai Tahun yang paling lemah untuk aku. 


Tahun ni aku nak jadi seorang yang 

Happy-go-lucky |  Witty | Smart | Super-cute | Lovely | Focus | Good-daughter | Creative | and all positive things I hope to be happen.

2013, please be good to me. InShaaAllah. Amin.




Happy reading! ^^