Finally!
Aku ada di dalam dunia blog semula. Setelah dua tahun menyepikan diri. Sigh. Mungkin sudah tertulis jalan hidup aku tak seindah yang aku impikan;
Untuk permulaan ini, biarlah identiti diri ini menjadi rahsia. Kerana bukan populariti yang aku mahukan, tetapi luahan hati dan sekadar berkongsi cerita pada sesiapa yang menjengah ke ruangan blog aku ini;
Aku redha dengan apa yang terjadi pada diri aku sebelum ini, kerana di dalam hati aku sekarang ni, aku sentiasa yakin dengan qada' dan qadar Allah. Aku yakin, aku yakin dan aku takkan putus asa dalam berdoa;
Benar, pada mulanya aku tersungkur dalam jalan yang aku telah pilih, maklumlah ketika itu aku masih muda remaja, usia baru 20 Tahun. Kajian mengatakan, pada usia itu, remaja akan keliru dengan jalan mana yang patut di pilih. Di sinilah, Ibu Bapa memainkan peranan yang amat-amat penting;
Nak kata aku menyesal dengan jalan yang aku pilih, tak boleh begitu. Kerana aku yakin Tuhan ada sebab sebab yang tertentu dalam mengatur perjalanan hidup hambaNya.;
Apa yang boleh aku katakan, suatu hari nanti, jika aku ada keluarga, aku akan sangat mengambil berat tentang kebajikan dan masalah anak-anak aku, aku mahu sentiasa dekat dengan mereka;
Dan sekarang, aku hanya perlu terus berdoa, agar dikurniakan seorang suami yang amat memahami, bertolak ansur, penyabar, bertanggungjawab, pandai menguruskan kewangan dan mahu sentiasa belajar tentang ilmu rumah tangga bersama-sama;
Yup, usia aku memang masih mentah lagi sekarang ni, masih di bawah usia 25 Tahun. Tapi Alhamdulillah, aku dikurniakan satu perasaan dimana aku sentiasa memikirkan masa depan jangka masa panjang;
Satu lagi, aku jenis yang setia pada yang satu, aku tak reti untuk ber-skandal. Dulu aku ada seorang lelaki, yang berjanji ingin sehidup semati, tapi rupanya semua tu hanya impian dan harapan kami. Cinta kami tiada restu ibu bapa dia dan putus ditengah jalan.
Pada mulanya, memang aku tak boleh terima langsung, sama sekali tidak boleh terima. aku menangis. Tetapi aku mula kuat apabila aku sering bukak kata-kata motivasi di internet, tv dan youtube. Serta mendapat kata-kata semangat dari famili dan kawan-kawan. Apa yang paling penting, solat dan bacaan Al-quran adalah terapi paling mujarab sekali ;)
Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh terima kenyataan. Malah kehidupan aku sekarang terasa lebih sempurna. Syukur pada-Mu Ya Allah. ;)
Pada sifat luarannya, mungkin orang takkan sangka, dalam hati aku, sentiasa menyebut nama Allah, dan diri ini berharap, suatu hari nanti akan ada seseorang yang boleh membimbing, melindungi dan menjaga diri ini selama aku bernafas di muka bumi Allah ini. In Shaa Allah. Amin ;)
Happy reading! ^^
2 comments:
welcome back ^_^
tq fyna ;)
Post a Comment