Berry's VIP

Tuesday, 16 April 2013

Babak Drama : Bateri Kereta Part III



Oke. hari ini aku susahkan office-mate aku pulak. hehehe. sebab takkan nak susahkan abang-abang semalam kan? Aku call abang angkat aku, die cikgu automotif. mih mih mih. saje gatal call die walaupun aku ade 3 orang abang kat rumah tu. hohohoho
semata-mata nak tanye die, bateri sel kering kat kedai berapa ringgit? boleh? tehehehehe

aku memang manje sikit ngan abang angkat aku sorang tu, sebab die pun panggil aku adik. so bertambah tambah la abang abang aku yer. ;p

kebanyakkan abang angkat aku adalah di dalam bidang kejuruteraan dan automotif. sampai kadang-kadang aku nak tukar bidang jadi pomen. sebab dorang ni sangatlah terer bab pomen pomen ni walaupun kerja dorang, bukanlah ke arah pomen. seronok tengok dorang godek kete ;)

hari ini, selasa - 16 April
- aku ke kedai kereta untuk tukar bateri kereta tu. tensen betul bawak mamat sekor ni, sebab kitorang salu bertekak macam anjing ngan kucing sebenarnye. tapi terpaksa gak bawak die, sebab aku dah takleh fikir mangsa seterusnye. hoho. 

Alhamdulillah.selesai tukar tayar bateri tepat jam 12. aku terus hantar die kat tepi jalan. pastu aku terus balik rumah nak packing barang untuk site visit esok! ggrrr

Funny! masa kat trafik light nak balik umah tadi, ada abang kereta myvi mintak no. hp. nak tawu otak aku bagi jawapan ape? 

"hai....awak ni kawan suami saye ke?"

kawan die kat sebelah dah gelak-gelak dah. pastu die jawab..

"suami awak name ape?"

aku pun bagi nama 

"aril..."
oh. salah orang la kot, patutla, saya pun ingat saya kenal awak, 

lampu aku dah hijau, aku babai, dan jalan. hahahahaha. so pada perempuan kat luar sane, takyah la sombong sombong, kalau rase konfiden, jawab je macam aku jawab tu. In Shaa Allah, die akan batalkan niat untuk amek no. hp kau. Tapi bukan try pada semua yer. ikutla naluri hati kau. takkan kau tak boleh rasa orang tu jahat atau tak kan? btw, aku memang dari kecik, naluri aku kuat. Alhamdulillah, sampai sekarang naluri aku masih kuat ;)

**kesimpulan is : kalau korang pakai bateri sel basah, sila pastikan selalu periksa air bateri untuk menjaga bateri tersebut. tapi aku pakai sel kering sekarang, senang! hohohoho


Happy reading! ^^



Monday, 15 April 2013

Babak Drama : Bateri Kereta

Kesinambungan : Part I

sampai ofis kul 3. terus duk kat tempat dulu. adeh. sakitnya kaki aku bawak manual weiii! pastu bermula la drama yang aku tak rancang. tibe-tibe je kepala otak aku ni bagi idea untuk wat drama. hoho.

ingat lagi tak abang stalker kat entry ni? aku panggil die abang sembam! ^^

ahah. tetibe otak aku bagi idea, 

"ape kate, kau tahan kereta die, suro die jumper kete ko? tapi sebelum tu berdoa la banyak banyak masa kau tahan kete die tu, takde kete kat blkg die.. kalau tak orang lain takkan beri privasi!"

sesudah doa bebanyak. aku pun turun bagi menjalankan misi untuk idea giler ni. haish. tak pernah aku buat dalam hidup aku nih. eh eh. semuanya berlaku seperti yang dirancang. tak percaya? baca sampai habis ;)

abang tu berhenti. then terus park kete die yang besar gedabak tu. ohohoho. mulut aku da mula sengih-sengih, tapi aku cubit peha aku, yela, kalau aku sengih, kantoi la wei.... pastu die cakap 'tunggu jap eh..I pergi panggil member jap, sebab I takde jumper'

Pastu aku pun tunggulah. sambil tu aku tanya kat ade satu akak ni, ade jumper tak? pastu kebetulan akak tu ade jumper, then die bagi kat aku dan die kena balik cepat, sebab nak amek baby die kat nursery. hoho. tengkiu kak ;)

pastu abang tu balik. eh? aku tengok die sorang je? mana kawan? rupanya kawan die dah balik. hohohohohohoho. lagi la aku keriangan. hehehe. sekarang kite berdua je. terkam die! hohoho.. *tak...aku gurau je*. ;p

mula jumper : 550pm.

stop at : 6.15pm

how to jumper your car ;)

ramai abang-abang lain dah start menyinggah, dan semua pun hanya menyinggah dan memberi idea. hahahaha. I am so blessed! ;)

pastu ade yang beri idea. pergi beli jumper lagi besar. pastu abang ni nak give-up dah aku tengok muka die. abis? sape nak hantar aku kalau die balik? aku cecepat wat muka nak nangis. hohohohohohoho.

menjadi!

abang tu cakap "eh..jangan lah nangis...' pastu die ajak g beli jumper at petronas, hehehe. I am blast! tapi still wat muke sedey, I said, okay... :*(

Klik untuk lanjut -----