Bagi kesalahan menculik mereka yang terlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibacakan bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan.
Helo peeps,
Aku bukan nak cerita Akta Menculik seperti di atas. Aku nak share tentang cara aku berkomunikasi bersama ibu aku. FYI, aku adalah anak bongsu dan mempunyai 4 orang abang. Dimana aku memang di kawal oleh abang-abang aku. Yang sulung akan pantau pelajaran aku dan menyediakan keperluan belajar aku, yang kedua akan memastikan aku dijemput dari kolej setiap cuti semester, yang ketiga biasa-biasa je, yang keempat pulak akan mengawal dengan siapa aku berkawan. Tapi semua tu zaman sekolah-sekolah dulu la. hihi. sekarang aku pulak yang mengawal hidup dorang. boleh? hehe.
Secara ringkas begitulah ceritanya. Tapi apa yang paling penting, aku dari zaman kolej aku sentiasa berhubung dengan ibu aku. Tak pernah satu pun cerita hidup aku, aku sembunyikan dari dia. Means, setiap malam aku akan call dan rangkulkan semua cerita dari pagi sampai lah malam, ape aktiviti yang dah aku buat, tapi mesti ade selit cerita pasal jumpa lelaki comel. Hohoho. Ibu dah tawu dah, aku memang suke dengan lelaki yang comel ;) hihi. Dialah ibu, dialah BFF dan dia jugaklah ayah.
Tujuan entry ini adalah untuk peringatan buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang di luar sane. Bukan kita nak jenayah terjadi pada diri kite. Malang tak berbau kan? Jadi saya nasihatkan pada kalian, sentiasalah update pada orang yang terdekat pada setiap masa:-
# kemana anda pergi
# dengan siapa?
# naik kenderaan ape?
# siapa nama kawan yang anda keluar
# no.plat kenderaan yang anda naiki
Bukan ape, takut takut kalau ada yang terjadi pada diri anda. Sekurangnya ada orang tahu dimana kali terakhir anda berada, dan dengan siapa. Ini juga memudahkan pihak berkuasa mengesan anda. Ini adalah kebaikan untuk diri anda dan untuk semua juga yer... *sila ambil iktibar pada yang terjadi pada mangsa-mangsa culik di dalam berita dan newspaper*
Aku sampai sekarang, mane aku pergi, semuanya akan diupdate pada ibu aku. Syukur, aku ada seorang ibu yang sudi mendengar masalah aku, berkongsi segala cerita pahit manis aku.
Happy reading! ^^
No comments:
Post a Comment