Berry's VIP

Tuesday, 2 April 2013

MyThought : Some Perception of Free Hair Person

Topik hari ini : Persepsi Sesetengah Masyarakat Terhadap Golongan
'Tidak memakai Hijab' 

Hari ni terdengar satu suara yang boleh dikatakan tidak wajar keluar dari mulut seseorang individu.  Pada pandangan aku, pandangan beliau terlalu keras. 

"Saya rasa orang free-hair ni you know...macam takde agama, takde Tuhan."

Subhanallah.... layak ke dia berkata begini? Sedangkan kalau nak tegur, banyak lagi kata-kata yang berhemah boleh digunakan.  Semasa beliau dok chit chat bersama rakan semeja beliau, ada dua diantara rakan beliau memakai tudung, tetapi tengok di bawah meja, sorang kaki terkangkang, sorang lagi kain terbelah sehingga betis; apakah?

Bagi aku, tegurlah rakan anda dahulu, sebelum sibuk hendak menyindir orang yang free-hair.

Dan kalau nak tegur, tegur depan-depan, jumpa secara face2face, jangan aibkan orang macam tu.  Lagi-lagi orang yang awak nak tegur, bukan orang yang anda kenal secara rapat.

Tak silap aku, aku ade tengok satu cerita Drama.  Dalam drama tu ada satu petikan mengatakan:-

Jangan sesekali menganggap orang yang terlalu banyak dosa, akan mati dalam keadaan berdosa, dan belum pasti lagi orang yang beriman akan mati dalam keadaan beriman.
-tak pasti ini hadis atuau petikan ulama-

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu yang terjadi itu semua urusan Allah, hidayah Allah, rahsia Allah.  Kita sebagai hambaNya tak pernah sempurna.  

Wallahuallam.


Happy reading! ^^




No comments: