Berry's VIP

Monday, 15 April 2013

To Whom It May Concern


Hari siang terang
masih di selubungi kisah semalam
hidup tiada erti lagi
jika kau tiada di sisi

Mungkin hari esok takkan indah lagi
bila hati tiada lagi di sini
engkau pun sudah berlalu pergi
meninggalkan aku, sunyi

Kisah kita bukan baru bermula semalam
telah sebati di dalam diri ini
tiada siapa pun dapat mengganti
meskipun perasaan telah jauh pergi

Aku hilang akal
aku berlari ke sana sini
menggigit bibir yang kering
yang sering mengingati kisah-kisah dulu

Saat duka tidak lagi dikenang
bila sudah pergi semuanya terbayang
aku tidak tahu adakah semuanya sudah terlewatkan?

Aku tidak mahu kau pergi
tetapi aku juga tidak tahu bagaimana ingin engkau kembali
bagaimana ingin saling mempercayai
tolonglah fikiran, tolong aku kali ini..

Mungkinkah takdir setakat disini?
mungkinkah kesemua patut berakhir begini?
Ya Tuhan, berikan aku jawapan pasti
mengapa kesemua ini adalah dugaan kami?

Rasa terasing, terasa jauh
aku doakan semoga kau bersungguh-sungguh
mengejar impian, mengejar harapan,
untuk dirimu dan masa depan

Andai aku tiada lagi
semoga engkau akan berjaya di setiap hari
tanpa aku disisimu lagi
ingatkan aku dibaris doamu, itu cukup menenangkan aku
yang jauh, jauh sekali.


8/12/2011
Hak Cipta Terpelihara@pale-berry.blogspot.com

No comments: