Berry's VIP

Tuesday, 16 April 2013

Babak Drama : Bateri Kereta Part III



Oke. hari ini aku susahkan office-mate aku pulak. hehehe. sebab takkan nak susahkan abang-abang semalam kan? Aku call abang angkat aku, die cikgu automotif. mih mih mih. saje gatal call die walaupun aku ade 3 orang abang kat rumah tu. hohohoho
semata-mata nak tanye die, bateri sel kering kat kedai berapa ringgit? boleh? tehehehehe

aku memang manje sikit ngan abang angkat aku sorang tu, sebab die pun panggil aku adik. so bertambah tambah la abang abang aku yer. ;p

kebanyakkan abang angkat aku adalah di dalam bidang kejuruteraan dan automotif. sampai kadang-kadang aku nak tukar bidang jadi pomen. sebab dorang ni sangatlah terer bab pomen pomen ni walaupun kerja dorang, bukanlah ke arah pomen. seronok tengok dorang godek kete ;)

hari ini, selasa - 16 April
- aku ke kedai kereta untuk tukar bateri kereta tu. tensen betul bawak mamat sekor ni, sebab kitorang salu bertekak macam anjing ngan kucing sebenarnye. tapi terpaksa gak bawak die, sebab aku dah takleh fikir mangsa seterusnye. hoho. 

Alhamdulillah.selesai tukar tayar bateri tepat jam 12. aku terus hantar die kat tepi jalan. pastu aku terus balik rumah nak packing barang untuk site visit esok! ggrrr

Funny! masa kat trafik light nak balik umah tadi, ada abang kereta myvi mintak no. hp. nak tawu otak aku bagi jawapan ape? 

"hai....awak ni kawan suami saye ke?"

kawan die kat sebelah dah gelak-gelak dah. pastu die jawab..

"suami awak name ape?"

aku pun bagi nama 

"aril..."
oh. salah orang la kot, patutla, saya pun ingat saya kenal awak, 

lampu aku dah hijau, aku babai, dan jalan. hahahahaha. so pada perempuan kat luar sane, takyah la sombong sombong, kalau rase konfiden, jawab je macam aku jawab tu. In Shaa Allah, die akan batalkan niat untuk amek no. hp kau. Tapi bukan try pada semua yer. ikutla naluri hati kau. takkan kau tak boleh rasa orang tu jahat atau tak kan? btw, aku memang dari kecik, naluri aku kuat. Alhamdulillah, sampai sekarang naluri aku masih kuat ;)

**kesimpulan is : kalau korang pakai bateri sel basah, sila pastikan selalu periksa air bateri untuk menjaga bateri tersebut. tapi aku pakai sel kering sekarang, senang! hohohoho


Happy reading! ^^



Monday, 15 April 2013

Babak Drama : Bateri Kereta

Kesinambungan : Part I

sampai ofis kul 3. terus duk kat tempat dulu. adeh. sakitnya kaki aku bawak manual weiii! pastu bermula la drama yang aku tak rancang. tibe-tibe je kepala otak aku ni bagi idea untuk wat drama. hoho.

ingat lagi tak abang stalker kat entry ni? aku panggil die abang sembam! ^^

ahah. tetibe otak aku bagi idea, 

"ape kate, kau tahan kereta die, suro die jumper kete ko? tapi sebelum tu berdoa la banyak banyak masa kau tahan kete die tu, takde kete kat blkg die.. kalau tak orang lain takkan beri privasi!"

sesudah doa bebanyak. aku pun turun bagi menjalankan misi untuk idea giler ni. haish. tak pernah aku buat dalam hidup aku nih. eh eh. semuanya berlaku seperti yang dirancang. tak percaya? baca sampai habis ;)

abang tu berhenti. then terus park kete die yang besar gedabak tu. ohohoho. mulut aku da mula sengih-sengih, tapi aku cubit peha aku, yela, kalau aku sengih, kantoi la wei.... pastu die cakap 'tunggu jap eh..I pergi panggil member jap, sebab I takde jumper'

Pastu aku pun tunggulah. sambil tu aku tanya kat ade satu akak ni, ade jumper tak? pastu kebetulan akak tu ade jumper, then die bagi kat aku dan die kena balik cepat, sebab nak amek baby die kat nursery. hoho. tengkiu kak ;)

pastu abang tu balik. eh? aku tengok die sorang je? mana kawan? rupanya kawan die dah balik. hohohohohohoho. lagi la aku keriangan. hehehe. sekarang kite berdua je. terkam die! hohoho.. *tak...aku gurau je*. ;p

mula jumper : 550pm.

stop at : 6.15pm

how to jumper your car ;)

ramai abang-abang lain dah start menyinggah, dan semua pun hanya menyinggah dan memberi idea. hahahaha. I am so blessed! ;)

pastu ade yang beri idea. pergi beli jumper lagi besar. pastu abang ni nak give-up dah aku tengok muka die. abis? sape nak hantar aku kalau die balik? aku cecepat wat muka nak nangis. hohohohohohoho.

menjadi!

abang tu cakap "eh..jangan lah nangis...' pastu die ajak g beli jumper at petronas, hehehe. I am blast! tapi still wat muke sedey, I said, okay... :*(

Klik untuk lanjut -----

Penting Check Bateri Kereta : Part I

Info : Jangka Hayat Tayar


Haha. ini adalah nasihat pada diri sendiri jugak. pada kaum perempuan mahupun lelaki, sape2 jela yang ade kete, kalau awak tu pakai sel basah. sila make sure, yang awak tu check air bateri ade ke tak?

pandai ke check? bukan boleh main tuang sampai penuh taw, ada paras die yang korang kena rasa pakai jari. sebenarnye aku pun tak tawu.hhohohoho. 

adeh. sadis betul. semalam bajet nak balik rumah, nak packing barang untuk site visit rabu ni. tetibe, start enjin, eh? takleh start? Hmm aku tak panik. dah bersedia nak tunjuk betis ni. *hahaha, gurau je...*

Aku sebenarnye blur. hmm duit dalam wallet takde nih, kredit dalam dua-dua hp pun takde. hmm. dalam keadaan blur, aku pun naik atas nak beli topap. TETIBE, ingat tak abang comel dalam entry ni? Ahahh. terserempak dengan die, die tanye, kenapa ni? macam blur je?

aku dengan senang hati jawab:

"ehmm awak..kete kite takleh start lah..adeh..."

"laa...air bateri kering kot. dah....nah amek kunci kete saye, awak g beli air bateri, then awak g makan"

15 April 2013 - 12noon

erkk? camtu je die bagi kunci kete die? ohok ohok. tersedak! yang paling best, die takleh hantar aku, sebab mase tu mmg belum lunch hour lagi. hohoho. so die hantar aku kat kete die, tapi yang takleh blarh. AAAA MANUAL!! 

aku pandang die sambil wat muke cuak, awk...sy dh lame tak bawak manual...awak percaya kat saye ke ni?

klik untuk lanjut

To Whom It May Concern


Hari siang terang
masih di selubungi kisah semalam
hidup tiada erti lagi
jika kau tiada di sisi

Mungkin hari esok takkan indah lagi
bila hati tiada lagi di sini
engkau pun sudah berlalu pergi
meninggalkan aku, sunyi

Kisah kita bukan baru bermula semalam
telah sebati di dalam diri ini
tiada siapa pun dapat mengganti
meskipun perasaan telah jauh pergi

Aku hilang akal
aku berlari ke sana sini
menggigit bibir yang kering
yang sering mengingati kisah-kisah dulu

Saat duka tidak lagi dikenang
bila sudah pergi semuanya terbayang
aku tidak tahu adakah semuanya sudah terlewatkan?

Aku tidak mahu kau pergi
tetapi aku juga tidak tahu bagaimana ingin engkau kembali
bagaimana ingin saling mempercayai
tolonglah fikiran, tolong aku kali ini..

Mungkinkah takdir setakat disini?
mungkinkah kesemua patut berakhir begini?
Ya Tuhan, berikan aku jawapan pasti
mengapa kesemua ini adalah dugaan kami?

Rasa terasing, terasa jauh
aku doakan semoga kau bersungguh-sungguh
mengejar impian, mengejar harapan,
untuk dirimu dan masa depan

Andai aku tiada lagi
semoga engkau akan berjaya di setiap hari
tanpa aku disisimu lagi
ingatkan aku dibaris doamu, itu cukup menenangkan aku
yang jauh, jauh sekali.


8/12/2011
Hak Cipta Terpelihara@pale-berry.blogspot.com

Sunday, 14 April 2013

Kata-Kata Motivasi

CANTIK DI HATI

Hidup adalah belajar;
Belajar bersyukur meski tak cukup;
Belajar ikhlas meski tak rela;
Belajar taat mesti berat;
Belajar memahami meski tak sehati;
Belajar sabar meski terbebani;
Belajar setia meski tergoda;
Belajar memberi meski tidak seberapa;
Belajar mengasihani meski disakiti;
Belajar tenang meski gelisah;
Belajar percaya meski susah

-petikan dari majalah wanita ketika aku tengah cuci rambut kat salon di Gombak ;)-

aku buat kata-kata motivasi ni dekat screen wallpaper hp aku. sebab aku memang perlukan kata-kata ni setiap hari, untuk mengingatkan diri sendiri. ;)

Saturday, 13 April 2013

Jenayah : Menculik

Bagi kesalahan menculik mereka yang terlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibacakan bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan.

Helo peeps,

Aku bukan nak cerita Akta Menculik seperti di atas. Aku nak share tentang cara aku berkomunikasi bersama ibu aku.  FYI, aku adalah anak bongsu dan mempunyai 4 orang abang.  Dimana aku memang di kawal oleh abang-abang aku. Yang sulung akan pantau pelajaran aku dan menyediakan keperluan belajar aku, yang kedua akan memastikan aku dijemput dari kolej setiap cuti semester, yang ketiga biasa-biasa je, yang keempat pulak akan mengawal dengan siapa aku berkawan.  Tapi semua tu zaman sekolah-sekolah dulu la. hihi. sekarang aku pulak yang mengawal hidup dorang. boleh? hehe.

Secara ringkas begitulah ceritanya. Tapi apa yang paling penting, aku dari zaman kolej aku sentiasa berhubung dengan ibu aku. Tak pernah satu pun cerita hidup aku, aku sembunyikan dari dia. Means, setiap malam aku akan call dan rangkulkan semua cerita dari pagi sampai lah malam, ape aktiviti yang dah aku buat, tapi mesti ade selit cerita pasal jumpa lelaki comel. Hohoho. Ibu dah tawu dah, aku memang suke dengan lelaki yang comel ;) hihi. Dialah ibu, dialah BFF dan dia jugaklah ayah. 

Tujuan entry ini adalah untuk peringatan buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang di luar sane. Bukan kita nak jenayah terjadi pada diri kite. Malang tak berbau kan? Jadi saya nasihatkan pada kalian,  sentiasalah update pada orang yang terdekat pada setiap masa:-

# kemana anda pergi
# dengan siapa?
# naik kenderaan ape?
# siapa nama kawan yang anda keluar
# no.plat kenderaan yang anda naiki

Bukan ape, takut takut kalau ada yang terjadi pada diri anda. Sekurangnya ada orang tahu dimana kali terakhir anda berada, dan dengan siapa. Ini juga memudahkan pihak berkuasa mengesan anda. Ini adalah kebaikan untuk diri anda dan untuk semua juga yer... *sila ambil iktibar pada yang terjadi pada mangsa-mangsa culik di dalam berita dan newspaper*

Aku sampai sekarang, mane aku pergi, semuanya akan diupdate pada ibu aku. Syukur, aku ada seorang ibu yang sudi mendengar masalah aku, berkongsi segala cerita pahit manis aku.


Happy reading! ^^


Friday, 12 April 2013

Menu : Luxirious Mushroom Soup With Tomatoes ;)

Again I am strike this week by eating a lot of tomatoes. *err betul tak grammar ni?* . Balik dari office, perkara first adalah keluarkan bahan-bahan nak masak. Then mandi ;)

In 10minutes. taraaaaa! siap!

Luxirious Mushroom soup with tomatoes + hot vanilla tea


kenapa ada dua? sebab lagi satu untuk housemate ;)


Belacan Tanjung Dawai, Kedah

Ahah! sebenarnye, aku tak pernah sampai lagi kat Tg. Dawai ni. Tapi tawulah, kat sini femes ikan bilis dan belacan! belacan pun ikut kategori taw, kalau kilang buat murah sikitlah! 

6 ketul kecil = RM6 (kot? tak ingat) hohooho

kalau belacan tumbuk (means tangan manusia tumbuk)
1 ketul besar = RM8

eh lupe nak cakap, ni semua aku kirim kat buddy aku, maklumlah die bakal berkahwin dengan orang kedah. Alhamdulillah, sampai jugak jodoh akak aku sorang tu, sebelum ni sebok la risau jodoh tak sampai-sampai. sekali sampai. kenal baru 3 bulan. terus tunang, dan terus nak kawin dah ha...

pastu aku kirim ikan bilis 1/2 kilo je.

dan yang paling best! tak sabar nak bawak balik sotong kering untuk my mom! aku kirim 4 bijik sotong kering yang saiz besar. Murah je taw, kalau kau pergi pasar tani kat sekitar KL, mahu ko kena cekik RM13. 

Tapi kat Tg. Dawai, 2 ketul sotong kering saiz besar RM13 sahaja ;) 

tak sabar nak makan sotong kering weekend ni! ingat nak masak kat rumah abang. sebab wife die pandai dan rajin masak ;) my mom berehat jela kan. hari minggu kite tolong lah mak masak. sebab mak dah penat masak weekdays ;)
pastu nak panggil semua siblings pakat datang makan sotong kering. meriah weekend iols. 

bye. 


Happy Reading! ^^


Sarjan Misai

Hahaha.. hari ni orang ofis semua takde, ade site visit kat luar. Hohohooho...seronoknya duduk sorang-sorang hari ni. Tadi lunch g makan nasi goreng kampung dengan housemate.  Pastu sampai kat satu simpang ni, aku memang selalu kalau takde kereta, aku jalan je time lampu merah. Errkkkkk????? alamak... acik polis laa wei! polis trafik lak tuuu.. tapi lega sebab tengok die sengih je tengok aku, fuhhhh...mesti die dah habis duty nak balik rumah makan lettew..seb bek die tak kejar aku dan kuarkan buku saman. fewwwwwhhhhhhhhhh lega! 

^^

Wednesday, 10 April 2013

Stuck on 17

Hahahaha. semalam aku tengok cerita The Vampire Diaries kat channel 8TV Ade satu part tu perempuan tu macam sedey sebab die dah mati dan menjelma sebagai vampire dan akan selama-lamanya menjadi muda dan stuck kat umur die mati iaitu 17 Tahun. Aih yang tak boleh blarh, aku teringat sekarang ni mana-mana aku pergi je, mesti akan ada orang tanye, adik sekolah lagi ke, ataupun awak sekolah lagi ke? 

perhhhh...kalau tanya aku belajar lagi, macho sikit bunyinya. Tapi ...sekolah? errr... speecless aku, dengan muke toya aku jawab, taklah, saya dah habis belajar dah. bukan habis sekolah yer, dah habis belajar. =.="

mungkin jugak sebab bebudak zaman sekarang ni sebok nak bergaya macam umur 20an. tu pasal orang ramai dah confuse antara budak sekolah dan budak dah habis sekolah. kan? korang perasan tak? budak sekolah zaman sekarang, nampak lebih dewasa kerana penampilan dorang...

hmmm ntah kenapa start dari last year banyak betul dapat soalan camni. PFFTTT. Tapi kalau la betul-betul boleh jadi muda selamanya macam dalam citer vampires tu seronok yer? hohohoho..


Happy reading! ^^


Tuesday, 9 April 2013

Get bumped!

9 April 2013 (Tuesday)

Today I wearing black long-skirt and black blouse with my pony-tail hair. ecece..terasa macam Kpop sangat! hari ni makan kat foodcourt je.  cerita menarik hari ni, aku tengah sesedap mamam dengan BFF. Tetibe ade kepulan asap. aiseh...mengganggu betul la taw! aku tanye BFF. 


Wei, kau tak nak tego mamat ni ke? asap die bekepul kepul kat muke kau. dah macam kau lak yang smoking..

tak berani...

hoho..serahkan pada yang expert. aku pun poke tangan die. pastu aku cakap lelembut je.. 'err, awak...kawan saya ni die asthma, so asap awak lalu kat muke die...'
*dalam hati, janganlah die mengamuk*

puhhhh, lega. die senyum pastu say sorry. wah, nilah lelaki yang boleh di buat laki. jenis easy to say sorry and then senyuman die comel! haih..dengan telinga capang die tu. tetibe je aku dah jatuh hati lagi. haih,...senang betul nak jatuh hati! ;p

tapi macam biasela. cerita tamat di situ je. tiada pertukaran whatsapp yer. hoho.

kemudian masa otw nak balik ofis, lalu kat satu kawasan ni. tetibe ternampak kereta yang pernah aku main kejar-kejar dengan die berhenti kat bahu jalan! wuishhh BFF aku tabik spring kat aku, sebab walaupun perkara ni dah 8 bulan berlalu, aku masih ingat no.plat kereta dia. huhu. sebenarnya dalam 3 bulan lepas pun aku ade terserempak die kat area situ. nampaknya die pun masih ingat no.plat kereta aku. hoho. so tadi, die bawak sloww sangat, macam saje nak suro aku main kejar kejar. alamak bro, sorrylah, aku dah lambat nak balik office la. so hari ni tak dapat main kejar kejar ngan u. hihihi

tapi bro tu memang hensem giler. kereta vios hitam plat WUG. kalah laki kak irma hasmie taw. huhu. kawan aku sempat pesan... 'kau main jela kejar-kejar ngan die lagi, mane tawu die jodoh kau' hahahahaha. sekarang ni mane je aku pergi, semua lelaki yang say hi kat aku. semua dianggap bakal jodoh aku oleh BFF aku. hahahaha.. pun boleh... LOL. 

Ya Allah, peliharalah bakal jodohku dari sebarang bahaya. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.


Happy reading!^^





We Are a Stalker

Kenapa 'We are a stalker'? sebab... setiap kali kite jumpe kat basement mesti kite akan pandang each other sampai bayang-bayang hilang. haihhh. why must like this? why must not you came to me, we have a little chit chat, change whatsapp number. wuarhhhhhh kenapa la lelaki sekarang most of them pemalu sangat-sangat? oh aku sangat letih dah!


Dear abang sembam, 

Im sorry to call you that, but I love to look at your eyes, like an panda you know, If you really come here and read this. I want you to know that I first met you at one of foodcourt when you walk by to buy a food.  Dari situ aku dah mula suke, tapi aku abaikan je.  Dan tak sangka 10bulan yang lepas kite jumpa kat basement parking lot! aihhh dan dah 8bulan kite main mata.  Adakah kau rase ape yang aku rasa? hmmm

Dan yang paling best, after Thaipusam hari tu, aku pakai saree.  Oren punye. hoho. sangatlah striking. Pastu aku terrrr spray gucci premierre aku terlalu banyak, tetibe aku dengar orang kat belakang riuh-riuh 'woiii, kuatnya bau'... dalam hati aku 'adeh pakcik ni....diam diam sudah...' huhuhu sadis betul rase pagi tu.  Tapi kau gelak sengih-sengih je, kau macam tak tentu arah samada nak makan mee macam aku, atau ambil roti, ke kau memang saje lengah-lengah nak duk sebelah aku ha? hohoho.  pastu kau dok belek roti kat tray sebelah aku tu, sambil tengok aku, ingat aku tak tawu? dari ekor mata pun boleh nampak taw! huhu..pastu tetibe kawan kau panggil 'ehh, afiq..kau makan roti je?' pastu kau sengih je. haihh suara kau mane? dari tadi asyik sengih je?

Jantung aku rase nak pecah taw tengok renungan kau tu....baik aku blarh sebelum aku pengsan kat situ. Hai la afiq, tak sangka kite akan duduk satu bangunan.  Aku memang tak menjangka aku akan jumpa kau kat sini.  Adakah ini dinamakan jodoh?

** aku tak boleh lupe, setiap kali kau lalu kat depan kereta aku, mesti kau akan turunkan tingkap, dan slumber usha aku sampai kau tak nampak aku lagi.  Aku rindu kau, setiap hari, tapi macam mane aku nak luahkan :'(


Happy reading! ^^




Macam mana nak putihkan gigi? : Nah Try Ubat Putihkan Gigi Segera ni!

Hamboiihh sekarang ni sume benda kau nak segera eh? hah, nah aku nak share produk yang aku pakai, untuk si cantik dan si hensem yang sangat menjaga personaliti diri. Actually Teeth Whitener ni dah lama aku pakai, dari 2011 lagi (ex-bf aku dulu pun perasan gigi aku putih, tapi aku diam je tak nak gtawu rahsia gigi putih, tapi kantoi masa die nak tumpang bilik air, die nampak ubat gigi ni kat bathroom aku..hoho) Ehmm *batuk jap* Tapi ni hari baru nak share, semenjak tengok kat fesbuk banyak tul orang jual benda alah, yang bile kau scan kat gigi, gigi ko otomatik putih. erkk? boleh caya ke scan je kat gigi dah boleh jadi putih lepak?ntah. aku tak pernah nak try pun. 

dan yang paling aku curious adalah alat pemancung hidung, ade sesape dah try? mancung ke hidung korang?hohoho..share la gambar before and after korang kat sini kalau dah success yer. hihihi ^^

aa nah...

Pearl Drops (gloss whitener) vs Colgate Optic White

Sebenarnya aku memang saja amek gambar Pearl Drops tu bersebelahan dengan Colgate Optic White tu. Sebab aku nak bagitawu korang, bahawa Pearl Drops tu mahal ade sebab... 

Cuba korang tengok kat kotak tu tulis ape? 

Colgate promise korang
#1 shade whiter after 1 week; maksudnye lepas seminggu pakai, satu tona lebih putih lah!

tapi...

Pearl Drops promise korang
#2 shades whiter; maksudnye dua tona lebih putih!

tu pasal la pearl drops tu mahal taw. ade sebab die mahal. lagipun aku boleh bet ngan korang yang colgate fazura ni takkan dapat compete dengan pearl drops ni (opinion dan testimoni aku-lah)

Harga?
#Pearl Drops (Gloss Tooth Whitener) RM33.90. Guardian selalu wat sale dan dapat lowest price RM27 selalunye...

#Colgate Optic White RM11+ (yang kat gambar aku atas tu RM16 tu harga ubat gigi lain)

So, choice is in your hand. Selamat mencuba ;)


Happy reading! ^^




Monday, 8 April 2013

Green Mushchick Soup With Tomatoes

Hahahaha.. panjang tak tajuk entri ni? Aku takde idea la nak letak ape nama masakan aku ni. Aku rasa dah tiba masanya malam-malam aku ratah sup/sayur/sosej/burger je. Sebab menu aku sebelum ni selalunya nasi goreng atau mee. Haih...kena start berubah sebab aku pun nak gak cantik macam Jenny, serius Jenny ni ada iras izara aisyah kan? huhu...

haih..kan besh kalau dapat kulit cantik cam depa kan? 

so, malam ni sampai je rumah. aku start duduk kat dapur. mula-mula

1. Potong kecik-kecik brokoli anda tu
2. Jerang air panas,
3. Rendam hot dog garlic yang dah dipotong kecik2 dalam mangkuk; isi air panas;
4. potong tomato ikut banyak mana anda nak makan. biasanya aku 2 biji
5. Salin mushroom soup anda tu dalam bekas kedap, supaya taklah die rosak kalau simpan dalam freezer. oke? ;)
6. untuk sorang makan, 4 sudu besar pun dah cukup maa
7. jerang periuk, then masukkan mushroom soup tu dan tambah air ikut serasi, masukkan sosej tadi dan brokoli,
8. potong timun ikut banyak mane anda nak makan
8. hiaskan ikut kreativiti


Hasilnya, tadaa!


feveret aku milo panas, tapi this week adalah minggu vico dan chipsmore. minggu sebelum ni milo dan oreo double stuff. huhu.

rasa sangat sihat dapat makan sayur banyak-banyak camni, instead of asyik nak mentedarah nasi je kan. dah la buat benda ni senang. tak sampai setengah jam. ni lah akibat kalau terpengaruh cerita Jamie Kitchen kat saluran TLC tu. huhu.

sementara aku hidang ni aku siap-siap iron baju keje untuk esok, sebab senang...lepas makan, aku boleh terus taruk mask mayonis kat muke, then bilas dan gosok gigi, dan tido! 

huhuhu...selesai menu malam ni ;) korang pun cubalah taw! 


Happy reading! ^^



Sunday, 7 April 2013

Petua Kecilkan Liang Pori ;)

Aktiviti hari ini adalah membeli barang-barang dapur, salah satu sebab adalah nak beli mayonis dan juga lemon. Sebab lately aku tengok pori dekat muka aku ni macam besar. aduyai...segan pulak rasanya. dan aku ada terbaca petua untuk kecilkan liang pori adalah dengan menyapu mayonis dan sedikit perahan lemon. ;)

sebelum masuk market, aku singgah makan kat TGI Fridays, kononnya nak makan salad sangat. order la menu 'Almondlone Shitlad'. hmm jangan tanya kenapa aku letak nama cenggitu. hohoho.



Tak puas rasanya makan salad kat kedai. alahai. takat salad cenggitu aku pun boleh buat maaa.. alahai... pastu tak puas hati, terus ke market dan beli bahan-bahan untuk dinner esok.


ok. dah ada lemon dan mayonis. malam ni jugak aku terus start cuba sapu mayonis dan sedikit perahan lemon. Aku letak timer 10minit. pastu aku bilas muka aku bersih-bersih. wahhh..muka terasa bersih dan segar. seriusly korang tak perlu la nak beli Garnier, Shiseido tu sume, pakai je petua tradisional ni. serius tak tipu. sebenarnya dah 3 malam aku try petua ni *tapi lambat update kat post*. memang berkesan, liang pori aku dah mengecil semula. dah la jimat, dan dah konfem -konfem selamat dari bahan kimia produk yang dibuat dari kilang ;)

p/s : eh, jangan lupe, mayonis tu hanya satu sudu je taw, sebab jangan buat banyak-banyak, takut tak fresh kalau nak gune untuk malam kedua dan seterusnya. satu sudu untuk satu malam, then perah lemon sikit. dan gaul dalam mangkuk. pastu simpan dalam peti sejuk, pas da sejuk baru korang sapu kat muke lembut-lembut dan tunggu 10minit sambil tengok cerita 'The Vampire Diaries' or cerita Jodoh lakonan Scha Alyahya. hohohooho... epp jangan lupe bilas muka korang bersih-bersih sebelum tido k?

selamat mencuba ;)


Happy reading! ^^


Thursday, 4 April 2013

Sony Xperia Z vs Samsung S4

Setelah diteliti pada laman web Sony Xperia Z vs Samsung SIV.  Terus terang hati aku sangat berbelah bagi.  Kalau tengok pada spec dorang, memang ada lebih, ade kurang. Dan dengan ini aku decide untuk pilih Xperia Z kerana..........


#Sony adalah brand kegemaran aku;
#Xperia Z punya ciri kalis air, dan anti-dust.

Ahh...itu je dah menguatkan semangat aku untuk memilikinya.  Xperia Z, I want you to be white. Wait for me this end of month :)

Untuk maklumat lanjut tentang Sony Mobile Malaysia, korang boleh call hotline : 1 300 88 1233

Korang boleh dapatkan maklumat produk, lokasi kedai yang terpilih, dll. siap boleh tawu samada hp yang korang nak tu, masih ada stok atau tak dengan mendail no. kedai yang korang nak pergi.  Dapatkan nombor kedai Sony di Hotline yang tertera di atas.

No. Telefon Sony Centre The Curve : 03-77258546 | Salesman dekat Sony Centre The Curve ni sangatlah friendly taw.. ;)


Happy reading! ^^




Wednesday, 3 April 2013

I am really sorry,

Dear Strangers,

I am really sorry for my selfishness. It happens coz I can't bear to lose anymore. Less on love passion can be one of the factor I am like this.  Seriously, I miss the piece of me.

Please do forgvie me.

3 April 2013 (Wednesday)
3pm




Tuesday, 2 April 2013

MyXtvt : Death Race 3

I do not know how to download a Free movie by online. So I just buy 6 DVD of clear copy at Setapak, Kuala Lumpur.  I believe not everyone knows about this outlet. Because me also know about this business just about last week. LOL ~ 

I buyed :

#Breaking Dawn Part II
#Death Race III
#Taken II
#The Hobbit
#The Tower
#The Bourne Legacy

So clear copy you know. HAHAHA (If you know what I mean) Tehehehehe..

Next Buy :

#Wrong Turn 5
#This Means War
#Fast Furious V
#Something Borrowed
#Perfect Tranger
#Gone

Death Race is one of my favorite movies since Part I.  No doubt, so satisfied! ;)


Happy reading! ^^


MyThought : Some Perception of Free Hair Person

Topik hari ini : Persepsi Sesetengah Masyarakat Terhadap Golongan
'Tidak memakai Hijab' 

Hari ni terdengar satu suara yang boleh dikatakan tidak wajar keluar dari mulut seseorang individu.  Pada pandangan aku, pandangan beliau terlalu keras. 

"Saya rasa orang free-hair ni you know...macam takde agama, takde Tuhan."

Subhanallah.... layak ke dia berkata begini? Sedangkan kalau nak tegur, banyak lagi kata-kata yang berhemah boleh digunakan.  Semasa beliau dok chit chat bersama rakan semeja beliau, ada dua diantara rakan beliau memakai tudung, tetapi tengok di bawah meja, sorang kaki terkangkang, sorang lagi kain terbelah sehingga betis; apakah?

Bagi aku, tegurlah rakan anda dahulu, sebelum sibuk hendak menyindir orang yang free-hair.

Dan kalau nak tegur, tegur depan-depan, jumpa secara face2face, jangan aibkan orang macam tu.  Lagi-lagi orang yang awak nak tegur, bukan orang yang anda kenal secara rapat.

Tak silap aku, aku ade tengok satu cerita Drama.  Dalam drama tu ada satu petikan mengatakan:-

Jangan sesekali menganggap orang yang terlalu banyak dosa, akan mati dalam keadaan berdosa, dan belum pasti lagi orang yang beriman akan mati dalam keadaan beriman.
-tak pasti ini hadis atuau petikan ulama-

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu yang terjadi itu semua urusan Allah, hidayah Allah, rahsia Allah.  Kita sebagai hambaNya tak pernah sempurna.  

Wallahuallam.


Happy reading! ^^




MyQuotes : Mutiara Kata; Ujian Allah

Allah menguji keikhlasan apabila bersendirian;
Allah memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah;
Allah melatih kesabaran dalam kesakitan;
Dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang,
kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik. ;)


Benar belaka. Setuju?
diambil dari : Shila Amzah Instagram.

Happy reading! ^^


Monday, 1 April 2013

MyXtvt : Polo Handbag+Backpack 2013

1 April 2013 (Isnin)

Hari ni sempat singgah tengok handbag+backpack brand POLO.  Alahai comelnye...sebab boleh dijadikan gaya handbag dan juga boleh digayakan sebagai backpack (2in1) ^__^ senyum lebar tengok benda-benda 2in1 ni. mih3. and... ade sale taw. after 50% harga jadi RM100+ je.  Aku dah serik la beli barang murah dah.  Instead korang asyik beli beg RM15-40 ringgit. Baru pakai 5Month dah koyak, dah jemu.  Better korang beli yang branded.  Usually kalau korang pakai branded ni, susah nak jemu, malah tahan lama. Paling terbaik kalau ada sale gila-gila sehingga 70%.  Masa tu baru berbaloi-baloi.



Tapi aku tak sempat la nak rembat beg tersebut, sebab semalam baru je berhabis beli perabot dekat IKEA. Beli Chest Drawer dengan 70x160cm Mirror, pastu add on beli frame lah, Fixa set screw lagi.  Tahun ni rumah my mom tema Baby Blue + Light Forest + Oliver Green pastu mix up dengan brownish and red ;).  Maklumlah persediaan untuk menyambut Raya 2013. Kalau boleh tak nak lah penat-penat beli borong, beli sikit sikit, lama lama jadi bukit...  Apa yang penting puasa nanti taklah baru terhegeh-hegeh nak beli persiapan raya, barulah boleh tumpu pada ibadah puasa. tak gitu? Heehehe ;)

**Errrr ganti puasa dah? ;D


Happy reading! ^^



MyXtvt : Good Start for Breakfast Menu

Hari ini dalam sejarah, menu sarapan aku adalah:-

Milo Panas
dan 
Waffle Choc+Peanut

Ini semua gara gara kena tegur dengan dua orang Adam yang menggeleng kepala melihat menu aku minggu lepas:-

Nasi Lemak Ayam Rendang dan Nugget.

Gara gara terngiang gelengan kepala dorang, jadi aku dengan berat hati mengisytiharkan hari ini tiada nasi untuk pagi. Sobss



Happy Reading! ^^





MyLife : My Weight

Back-dated Story


Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah aku dah berada di Bulan April 2013. Dan aku masih ingat lagi bulan April 2012 which is last year, berat badan aku turun mendadak 44Kg. Gila x? memang gile la, sebab aku punya berat selalunye 48-52Kg.  

Nak tawu rahsia turun berat badan dengan mudah?

Silalah cuba rasa perasaan putus cinta. HOHOHOHO. Rasanya sungguh enak dan lazat.

Happy reading! ^^